Berkata Abdullah B Mubarak R.A:
Saya berangkat menunaikan haji ke
Baitullah al-Haram dan menziarahi makan Rasulullah S.A.W. Ketika saya berada di
sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesusuk tubuh yang berpakaian hitam yang
diperbuat daripada bulu. Ia adalah seorang perempuan tua. Saya berhenti sejenak
dan memberi salam kepadanya. Maka, terjadilah dialog dengannya selama beberapa
minit.
Dalam dialog tersebut, wanita tua
itu menjawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur'an di atas setiap pertanyaan
Abdullah Bin Mubarak.
Abdullah: Assalamu'alaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Wanita tua:
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
"Ucapan salam sejahtera dari
Tuhan Yang Maha Mengasihani". (Yaa Siin 56)
Abdullah : Semoga Allah merahmati
anda, mengapa anda berada di tempat ini?”
Wanita tua :
مَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَلَا هَادِىَ لَهُ
"Barang siapa disesatkan
Allah, maka tiada petunjuk baginya". (Al-A’raaf 186)
Dengan jawapan ini, maka tahulah
saya, bahawa ia telah tersesat jalan.
Abdullah : “Kemana anda hendak
pergi?”
Wanita tua:
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬
مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا
"Maha suci Allah yang telah
menjalankan hambanya di waktu malam dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid
Al-Aqsa (di Palestin)". (Al-Israa’ 1)
Dengan jawapan ini, saya mengerti
bahawa ia sedang mengerjakan haji dan hendak menuju ke Masjidil Aqsa.
Abdullah : “Sudah berapa lama
anda berada di sini?”
Wanita tua :
ثَلَـٰثَ لَيَالٍ۬ سَوِيًّ۬ا
"Selama tiga malam dalam
keadaan sihat". (Maryam 10)
Abdullah : “Apa yang anda makan
selama dalam perjalanan?”
Wanita tua :
وَٱلَّذِى هُوَ يُطۡعِمُنِى وَيَسۡقِينِ
"Dialah Allah pemberi aku
makan dan minum". (Asy-Syu’araa’ 79)
Abdullah : “Dengan apa anda
melakukan wudhu?”
Wanita tua:
فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءً۬ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدً۬ا طَيِّبً۬ا
"Apabila tiada air maka
hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, debu yang bersih". (Al Maaidah 6)
Abdullah : “Saya mempunyai sedikit
makanan, apakah anda mahu menikmatinya?”
Wanita tua :
ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِۚ
"Kemudian sempurnakanlah
puasamu sampai malam, maghrib". (Al- Baqarah 187)
Abdullah : “Bukankah
diperbolehkan berbuka ketika musafir?”
Wanita tua :
وَأَن تَصُومُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Dan berpuasa itu lebih baik
bagi kamu jika kamu mengetahui". (Al- Baqarah 184)
Abdullah : “Mengapa anda tidak
menjawab sesuai dengan pertanyaan saya?”
Wanita tua :
مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ۬
"Tiada satu ucapan yang
diucapkan, kecuali padanya ada Raqib Atid". (Qaaf 18)
Abdullah : “Anda termasuk jenis
manusia yang manakah, hingga bersikap seperti itu?”
Wanita tua :
وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ
عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬
"Jangan kamu ikuti apa yang
tidak kamu ketahui.., karena pendengaran, penglihatan dan hati, semua akan
dipertanggung jawabkan". (Al-Israa’ 36)
Abdullah : “Saya telah berbuat salah,
maafkan saya.”
Wanita tua :
قَالَ لَا تَثۡرِيبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَۖ يَغۡفِرُ ٱللَّهُ
لَكُمۡۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ
"Pada hari ini tidak ada
cercaan untuk kamu, Allah telah mengampuni kamu dan Dia lah jua Yang Maha
Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani". (Yusuf 92)
Abdullah : “Bolehkah saya
mengangkatmu untuk naik ke atas untaku ini, untuk melanjutkan perjalanan kerana
anda akan menjumpai kabilah yang di hadapan.”
Wanita tua :
وَمَا تَفۡعَلُواْ مِنۡ خَيۡرٍ۬ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُۗ
"Dan apa jua kebaikan yang
kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah". (Al-Baqarah 197)
Lalu wanita tua ini berpaling
dari untaku, sambil berkata :
قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ
"Katakanlah pada orang-orang
mukminin, tundukkan pandangan mereka." (An-Nuur 30)
Maka saya pun memejamkan
pandangan saya, sambil mempersilakan ia menaiki unta.
Tetapi tiba-tiba terdengar
koyakan pada pakaiannya kerana unta itu terlalu tinggi baginya.
Wanita tua itu pun berkata:
مَآ أَصَـٰبَڪُم مِّن مُّصِيبَةٍ۬ فَبِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِيكُمۡ
"Apa saja yang menimpa kamu
disebabkan perbuatanmu sendiri". (Asy-Syuura 30)
Setelah selesai mengikat unta
itu, saya pun mempersilahkan wanita tua itu naik.
Wanita tua berkata:
سُبۡحَـٰنَ ٱلَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا ڪُنَّا لَهُ ۥ مُقۡرِنِينَ وَإِنَّآ إِلَىٰ رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
"Maha Suci Tuhan yang telah
memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya
menguasainya , Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali".
(Az-Zukhruf 13-14)
Saya pun segera memegang tali
unta itu dan melarikannya dengan sangat pantas.
Wanita tua itu berkata lagi:
وَٱقۡصِدۡ فِى مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ
"Sederhanakan jalanmu dan
lunakkanlah suaramu". (Luqman 19)
Lalu aku jadikan unta itu
berjalan dengan perlahan, sambil mendendangkan beberapa syair
Wanita tua itu pun berkata:
فَٱقۡرَءُواْ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِۚ
"Bacalah apa-apa yang mudah
dari Al-Qur’an". (Al-Muzzammil 20)
Abdullah : “Sungguh anda telah
diberi kebaikan yang banyak.”
Wanita tua :
وَمَا يَذَّڪَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Dan tidaklah mengingat
Allah itu kecuali orang yang berilmu". (Al- Baqarah 269)
Abdullah : “Apakah anda mempunyai
suami?”
Wanita tua :
لَا تَسۡـَٔلُواْ عَنۡ أَشۡيَآءَ إِن تُبۡدَ لَكُمۡ تَسُؤۡكُ
"Jangan kamu bertanyakan
sesuatu, jika itu akan menyusahkanmu". (Al Maaidah 101)
Maka aku senyap seketika sehingga
berjumpa dengan kabilah di hadapan kami.
Abdullah : “Adakah orang anda
berada dalam kafilah itu?”
Wanita tua :
ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ
"Adapun harta dan anak-anak
adalah perhiasan hidup di dunia". (Al-Kahf 46)
Baru saya mengerti bahwa ia juga
mempunyai anak.
Abdullah : “Bagaimana keadaan
mereka dalam perjalanan ini?”
Wanita tua :
وَبِٱلنَّجۡمِ هُمۡ يَہۡتَدُونَ
"Dan dengan tanda
bintang-bintang mereka mengetahui petunjuk". (Al-Nahl 16)
Daripada jawapan ini, saya dapat
fahami bahawa mereka datang mengerjakan ibadah haji mengikuti beberapa
petunjuk. Kemudian saya bersama wanita tua ini menuju ke perkhemahan.
Abdullah : “Adakah kamu kenal
orang yang berada dalam khemah ini?”
Wanita tua :
وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ إِبۡرَٲهِيمَ خَلِيلاً۬
"Kami jadikan ibrahim itu
sebagai yang nabi yang dikasihi". (An-Nisaa’ 125)
وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَڪۡلِيمً۬ا
"Dan Allah berkata-kata
kepada Musa". (An-Nisaa’ 164)
يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬ۖ
"Wahai Yahya! Pelajarilah
kitab itu bersungguh-sungguh". (Maryam 12)
Lalu saya memanggil nama-nama, ya
Ibrahim, ya Musa, ya Yahya, maka keluarlah anak-anak muda yang bernama
tersebut. Wajah mereka tampan dan ceria, seperti bulan yang baru muncul.
Setelah tiga anak ini datang dan duduk dengan tenang maka berkatalah wanita tua
itu:
فَٱبۡعَثُوٓاْ أَحَدَڪُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِينَةِ
فَلۡيَنظُرۡ أَيُّہَآ أَزۡكَىٰ طَعَامً۬ا
"Maka suruhlah salah seorang
dari kamu pergi ke kota dengan membawa wang perak ini, dan carilah makanan yang
lebih baik agar ia membawa makanan itu untukmu". (Al-Kahf 19)
Maka salah seorang dari tiga anak
ini pergi untuk membeli makanan, lalu dihidangkan dihadapanku, lalu wanita tua
itu berkata :
كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَآ أَسۡلَفۡتُمۡ فِى ٱلۡأَيَّامِ
ٱلۡخَالِيَةِ
"Makan dan minumlah kamu
dengan sedap, sebab amal-amal yang telah kamu kerjakan di hari-hari yang telah
lalu". (Al-Haaqqah 24)
Abdullah: “Makanlah kalian
semuanya makanan ini. Aku belum akan memakannya sebelum kalian mengatakan
padaku siapakah perempuan ini sebenarnya.”
Ketiga anak muda ini secara
serentak berkata :
“Beliau
adalah orang tua kami. Selama empat puluh tahun beliau hanya berbicara
menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an, hanya kerana bimbang tersalah bicara.”
Lalu Abdullah bin Mubarak berkata
Maha Suci Zat Yang Maha Kuasa terhadap sesuatu yang dikehendakinya dan berkata:
ذَٲلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ
ٱلۡعَظِيمِ
"Yang demikian ialah limpah
kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah
sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar". (Al-Hadiid 21)
0 comments:
Post a Comment